Kami sendiri selalu mendapat permintaan van sewa Sabah. Kami faham sebabnya ramai juga yang datang dalam kumpulan yang besar.
Samada datang bersama-sama keluarga atau rakan-rakan. Bila dah ramai ni, mestilah van yang paling sesuai dan selesa kan?
Jom lihat koleksi van sewa Sabah yang ditawarkan di ED Holidays Travel.
Harga Van Sewa Sabah
Disini, kami menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk semua jenis kenderaan yang kami sediakan.
Disebabkan oleh permintaan untuk van semakin bertambah saban minggu, kami sendiri telah menambah jumlah van kami.
Tujuannya adalah bagi memastikan seramai mungkin pelanggan dapat menikmati servis yang berkualiti daripada pihak kami.
Van yang kami sediakan adalah jenis Urvan NV350. Van ini mampu memuatkan sekitar 11 ke 14 penumpang pada satu-satu masa.
Berapa pula harga sewaan untuk sehari? Anda mesti rasa macam mahal kan?

Jangan risau. Harga di ED Holidays adalah diantara harga yang terendah yang ada dalam pasaran.
Caj untuk sehari adalah RM350 sahaja. Berbaloi kan?
Kami juga menawarkan sewaan Starex.

Harga sewa untuk sehari adalah RM500. Oh. Starex ni auto dan mampu memuatkan sekitar 11 orang dalam satu-satu masa.
“Selain van, ada kereta besar tak?”
Eh. Mestilah ada. Kami juga menawarkan beberapa jenis dan unit kereta jenis MPV khas untuk anda.
a. Proton Exora (A) RM220
- RM220 / hari
- Minimum sewa 2 hari

Perodua Aruz (A) RM220
- RM220 / hari (Harga asal
RM250) - Minimum sewa 2 hari

c. Alza New 2022 (A) 1.55c – 7pax
- RM250 /hari
- Minima sewa 2 hari

d. Innova
- RM300 /hari
Nak cari kereta lain? Boleh. Anda boleh terus hubungi kami dan kami akan berikan senarai kereta sewa termasuk harga sewaan sekali.
Kelebihan ED Holidays Travel
- Pilihan Kenderaan: Kami menyediakan pelbagai jenis kereta sewa yang sesuai dengan bajet dan keperluan anda. Ini termasuk kenderaan kecil, sedan,MVP, SUV, van, atau hilux (4×4), bergantung kepada jumlah penumpang dan keperluan khusus.
- Harga Berpatutan: Kami juga turut menawarkan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan bajet anda, malah kami turut mengadakan PROMOSI pada hari-hari tertentu.
- Syarat Sewaan yang Jelas: Tiada cas tersembunyi. Kami di ED Holidays Travel memberikan penerangan yang jelas berkaitan terma dan syarat sewaan. Ia termasuklah had umur pemandu, dokumen yang diperlukan, jarak pemanduan yang dibenarkan, dan apa-apa sekatan lain yang berkaitan dengan penggunaan kenderaan sewaan. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan, anda boleh terus berhubung dengan kami untuk mendapatkan jawapan.
- Sokongan Jalan Raya: Malang tidak berbau, sekiranya kereta yang disewa mengalami kerosakan atau anda terlibat dalam kemalangan ketika menggunakan kereta sewa kami, pihak kami akan datang untuk memberikan bantuan yang sewajarnya kepada anda.
- Kualiti Kenderaan: Semua kenderaan kami telah diservis dan diperiksa secara berkala bagi memastikan kenderaan yang disewakan berada di dalam keadaan terbaik. Ia penting bagi memastikan keselesaan pelanggan dan juga keselamatan pelanggan.
- Kemudahan Pengambilan dan Penghantaran: Kami juga menawarkan perkhidmatan PERCUMA untuk penghantaran di airport KKIA.
- Perkhidmatan Pelanggan yang Baik: Kami merupakan syarikat yang berpengalaman lebih 8 tahun dalam perkhidmatan kereta sewa Sabah murah dan pelancongan. Kami sentiasa memastikan kualiti perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan kami.
Jom hubungi kami sekarang untuk kami bantu anda mendapatkan van sewa Sabah pada kadar yang sangat berpatutan.