Tour overview

Kota Jogjakarta juga dikenali sebagai JogjaYogya, dan Yogyakarta, adalah sebuah bandar raya yang terletak di Indonesia. Bandar raya ini pernah menjadi ibu negara Indonesia pada masa pemberontakan. Selain itu, bandar raya ini adalah ibu kota Daerah Istimewa Jogjakarta yang dipimpin oleh Sri Sultan Hamengkubuwono X dan Pangeran Pakualam. Makanan khas bandar raya ini ialah gudeg.

Jogjakarta juga dikenali sebagai kota pelajar kerana hampir 20% daripada penduduknya adalah pelajar, dengan 137 buah institusi pendidikan tinggi terletak di sini. Para pelajarnya berasal dari pelbagai daerah di Indonesia. Institusi-institusi pendidikan tinggi yang dimiliki oleh kerajaan ialah Universitas Negeri Jogjakarta, Institut Seni Indonesia Jogjakarta, serta Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga.

Jogjakarta pernah menjadi pusat Kerajaan Mataram antara tahun-tahun 1575-1640. Sehingga sekarang, Kraton (Istana) masih berfungsi dalam erti yang sesungguhnya. Jogjakarta juga mempunyai banyak candi yang berusia ribuan tahun dan yang merupakan peninggalan kerajaan-kerajaan besar zaman dahulu, antaranya Candi Borobudur yang dibangun pada abad ke-9 oleh Dinasti Sailendra.

Selain warisan budaya, Jogjakarta memiliki panorama alam yang indah. Hamparan sawah yang hijau menyelimuti daerah pinggiran dengan Gunung Merapi tampak sebagai latar belakangnya. Pantai-pantai mudah ditemukan di sebelah selatan Yogyakarta. Masyarakat di sini hidup dengan damai dan memiliki keramahan yang khas. Susasana seni begitu terasa di Yogyakarta. Malioboro yang merupakan urat nadi Yogyakarta dibanjiri dengan barang-barang perindustrian dari segenap penjuru. Ahli-ahli muzik tepi jalan selalu siap menghibur para pengunjung warung-warung lesehan.

Pengangkutan ke Jogjakarta termasuk kereta api dari Jakarta, Bandung, dan Surabaya, selain daripada bas dari hampir semua bandar di Pulau Jawa serta kapal terbang.

Included

  • Transport
  • Driver / Tour Guide
  • Hotel
  • Makan (Breakfast, Lunch, Dinner)
  • Entrenace Fee (yang terpilih sahaja)

Not Included

  • Tiket Flight
  • Travel Insurans
  • Gondola di Timang
  • Tipping
  • Selain yang di nyatakan
Download pdf brochure

DAY 1 : Berlepas ke JogJakarta (B,L,D)

 Tetamu di sambut oleh pemandu / tour guide di airport
 Lunch
 Kota Gede (Kilang Silver)
 Parang tritis Beach
 Pasir Gumuk
 Dinner
 Chek in hotel
 Free and easy

DAY 2 : (B,LD)

 Sarapan pagi
 Lava tour
 Lunch
 Borobudur Temple
 Brexi Cliff
 Green Temple
 Dinner
 Kembali ke hotel
 Free and easy

DAY 3 : (B,L,D)

 Jurang Tembelan
 Hobbit house
 Hutan Pinus Puncak Becici
 Lunch
 Pantai Timang
 Dinner
 Free n easy

DAY 4 : (B)

 Sarapan
 Chek out
 Bakpia Patok
 Shopping tour sehingga dihantar ke airport

Download pdf brochure