Ada banyak sangat tempat menarik di Sabah yang anda wajib kunjungi. Tapi, dengan selang masa yang anda ada, sempat ke untuk kunjungi kesemuanya?

Jangan risau. Kami di ED Holidays Travel dah senaraikan beberapa tempat menarik yang anda wajib kunjungi. Barulah mudah sikit untuk anda susun perjalanan anda kan?

Jom baca perkongsian menarik daripada kami disini.

Tempat Menarik di Sabah

Susunan senarai di bawah bukanlah mengikut ranking. Ia hanyalah susunan secara random sahaja daripada kami di ED Holidays Travel.

1. Jambatan Gantung Tamparuli

Menarik di Sabah
Kredit : Berita Harian

Kalau di London ada Tower Bridge dan San Francisco ada Golden Gate, di Sabah pula ada Jambatan Tamparuli.

Kalau ikutkan, jambatan ini sebenarnya sama sahaja seperti mana-mana jambatan kayu yang anda boleh temukan di Sabah.

Namun, ia menjadi sangat popular disebabkan oleh sebuah lagu yang telah ditulis oleh seorang penyanyi asal Kandazan Dusun.

Lagu tersebut lebih kepada penceritaan kisah dan kehidupan masyarakat disini.

2. Pulau Manukan

Pulau Manukan – Foto Kredit : BusinessToday

Untuk pengetahuan anda, Pulau Manukan merupakan pulau kedua terbesar yang terletak di dalam kawasan Taman Negara Tunku Abdul Rahman, dan juga merupakan Taman Nasional Laut yang pertama di Malaysia.

Lokasi pulau ini erletak di sebelah Timur Malaysia iaitu di negeri Sabah , tidak jauh dari bandar Kota Kinabalu dan mudah diakses dengan menaiki bot.

Pulau Manukan juga adalah pulau yang paling popular dalam kalangan penduduk Kota Kinabalu, Sabah. Manukan memiliki beberapa pesisiran pantai yang cantik di sebelah selatan dan terbaik di bahagian timur pulau.

Di luar pesisir pantai terdapat terumbu karang yang sangat sesuai untuk aktiviti snorkeling, menyelam dan berenang.

Antara lima pulau dibawah Taman Negara Tunku Abdul Rahman, Manukan adalah antara kemudahan pelancongan paling maju yang merangkumi 20 unit chalet, clubhouse, dan beberapa restoran serta pusat menyelam.

Terdapat juga kemudahan rekreasi termasuklah kolam renang, padang bola, bola tampar dan gelanggang Sepak Takraw.

3. Taman Negara Kinabalu

Menarik di Sabah
Kredit : Mount Kinabalu

Taman Negara Kinabalu atau Taman Kinabalu adalah sebuah taman negara yang terletak di bahagian utara Borneo. Ia juga merupakan taman tertua yang ada di negeri Sabah.

Pewartaan Taman Kinabalu sebagai taman negara telah dilakukan pada 16 Januari 1964. Disini jugalah terletaknya Gunung Kinabalu yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia.

Pada 2 Disember 2000, ia telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia. Disini, anda boleh temukan pelbagai spesis flora dan fauna, hutan hujan tropika, hutan gunung tropika, hutan separa alpine dan tumbuhan-tumbuhan tinggi.

4. Tempat Menarik di Sabah – Desa Dairy Farm

Pemandangan seperti di New Zealand! Itulah apa yang akan dikatakan oleh para pengunjung Desa Dairy Farm yang terletak di Kundasang ini.

Disini, anda boleh melihat pelbagai jenis dan spesis lembu yang bebas berkeliaran di dalam kawasan mereka. Ada yang anda pernah nampak dan banyak yang anda tak pernah nampak.

Selain itu, antara tarikan utamanya adalah kawasan kandang yang berlatar belakang Gunung Kinabalu. Ia sendiri terletak di kaki Gunung Kinabalu. Jika anda datang pada musim hujan, sayang sedikit kerana awan akan mengganggu pemandangan indah ini.

Oh. Suhu disini juga agak sejuk jadi, pakailah pakaian yang sesuai. Anda juga boleh temukan pokok hiasan unik yang menjadikan ia sangat sesuai untuk anda jadikan props gambar anda.

Disini juga anda boleh melihat proses pemerahan susu lembu dan membeli produk tenusu yang segar.

5. Sabah Tea

Homestay Kundasang Sabah

Bukan di Cameron Highland sahaja yang mempunyai ladang teh. Sabah pun ada. Ada banyak aktiviti dan kemudahan yang ada disini.

Anda boleh temukan penginapan di sini, canopy walk, restoran, kedai teh dan banyak lagi.

Anda boleh beli pelbagai jenis produk asli Sabah di kedai teh disini seperti kopi Tenom, lada hitam, batik sarong, herba, asam boi dan lain-lain.

Selain itu, anda juga boleh menikmati pelbagai jenis hidangan teh dan beberapa jenis minuman lain.

6. Menarik di Sabah – Taman Laut Tunku Abdul Rahman

Kredit : TripCarte.Asia

Fenomena alam telah menyebabkan sebuah kawasan yang dahulunya daratan terpecah menjadi lima buah pulau yang berbeza.

Pulau-pulau ini adalah:

  • Pulau Gaya
  • Pulau Sapi
  • Pulau Manukan
  • Pulau Mamutik
  • Pulau Sulug

Gugusan pulau inilah yang membentuk Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Selain Pulau Sulug, keempat-empat pulau lain sentiasa menjadi tumpuan dan dikunjungi oleh ramai pelancong.

Ada banyak aktiviti menarik anda boleh lakukan di sini seperti island hopping, snorkeling, scuba diving, sea walking, parasailing atau berkelah santai di tepi pantai.

Anda boleh semak pakej percutian pulau + Kundasang + Kota Kinabalu yang disediakan oleh pihak ED Holidays Travel jika anda ingin berkunjung ke pulau-pulau ini.

7. Menarik di Sabah – Gunung Kinabalu

Menarik di Sabah
Kredit : Wikipedia

Paling rugi jika anda dah sampai di Sabah tapi terlepas peluang untuk melihat Gunung Kinabalu. Ia merupakan gunung dengan puncak yang tertinggi di Malaysia.

Sebab itulah ia juga menjadi tumpuan para pendaki samada dari dalam atau luar negara untuk “mencabar” kesukaran pendakian disini.

Ia bukanlah satu perkara yang mudah kerana anda akan berada di sebuah kawasan beraltitud tinggi dan curam.

Gunung ini bukanlah untuk anda yang baru hiking. Anda perlukan persiapan mental dan fizikal yang rapi sebelum cuba untuk menawan gunung ini.

Pemandangan di puncak gunung sangat sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata, terutama sekali ketika matahari mula membenamkan cahaya. Jangan lupa untuk membawa banyak pakaian yang dapat menghangatkan badan termasuklah sarung tangan.

8. Pulau di Sabah – Pulau Mamutik

Kredit : Sabah Parks

Seterusnya dalam senarai pulau di Sabah kami untuk anda adalah Pulau Mamutik. Ia juga merupakan salah satu dari lima gugusan pulau-pulau Taman Negara Tunku Abdul Rahman dan merupakan pulau terkecil dikalangan gugusan.

Keluasan pulau ini adalah sekitar 15 ekar atau 61,000 meter persegi sahaja. Apa yang menariknya mengenai lokasi pulau ini adalah ia terletak hanya 3 KM daripada Jeti Jesselton, Kota Kinabalu.

Apapun, anda jangan pandang rendah sekalipun ia tidak sebesar pulau-pulau yang lain. Hal ini kerana ia mempunyai jumlah pantai yang sangat cantik dan mempersona.

Antara tarikan utama pulau di Sabah ini adalah, ia mempunyai koleksi khazanah alam semulajadi bawah laut yang menarik iaitu terumbu karang.

Pulau ini juga memiliki jeti, rumah rehat 3 bilik tidur untuk disewa, dan kuartes kaki tangan bagi stesen Ranger.

Mengunjungi Pulau Mamutik, pengunjung akan dapat menikmati pemandangan indah yang begitu tenang, pesisir pantai pulau yang berpasir putih dan airnya yang begitu jernih nampak dari permukaan.

Pulau tropika ini kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang hidup subur diatas pulau. Biasanya pengunjung gemar melakukan aktiviti menyelam, kerana laut pulau yang sangat jernih amatlah sesuai untuk berenang dan beristirehat.

9. Kokob Rafflesia Conservation Garden

Homestay Kundasang Sabah
Foto Kredit : MySabah.com

Seperti yang kita semua sedia maklum, Sabah dan Sarawak atau Borneo sangat terkenal dengan keunikan dan keindahan flora dan faunanya yang pelbagai.

Antara spesis flora yang terkenal di sini adalah Rafflesia. Mesti anda pernah dengar dan lihat paling tidak dalam buku teks zaman sekolah dulu kan?

Uniknya mengenai bunga ini adalah, ia mengambil masa yang sangat lama untuk mekar iaitu sekitar 9 ke 15 bulan. Namun, apabila ia mekar, ia hanya akan mekar selama 7 hari sahaja.

10. Pulau Sapi

Pulau di Sabah
Kredit : Trip Advisor

Pulau Sapi adalah pulau yang diiktiraf sebagai taman laut negara. Seperti Pulau Mamutik dan Pulau Manukan, ia juga terletak di bahagian Timur Malaysia iaitu di negeri Sabah dan boleh dilawati dengan menggunakan bot.

Pulau ini mempunyai keluasan 25 ekar yang terletak di hujung barat daya Pulau Gaya. Pulau Sapi amat popular dikalangan pelancong bagi aktiviti snorkeling dan menyelam.

Sekitar Jam 10 pagi dan 4 petang kawasan pulau ini akan sibuk dengan pelancong asing apabila bot tiba dan berlepas.

Pulau Sapi juga lengkap dengan kemudahan bagi pelancong yang masuk ke jeti, seperti perlindungan berkelah, tempat memanggang, meja, bilik persalinan, dan bilik air.

Hutannya pula didiami oleh maca ques. Aktiviti seperti berkemah dan unggun api juga dibenarkan di pulau tersebut dengan kebenaran Warden Taman.

11. Bombon Kg. Marakau

Foto Kredit : Borneo Daily Bulletin

Pernah cuba spa ikan tak sebelum ni? Kalau belum atau dah pernah sekalipun, anda tak patut untuk lepaskan peluang berkunjung ke spa ikan di Bombon Kg. Marakau.

Ia terletak di Ranau dan sekitar 39 minit dari Pekan Kundasang dan menjadi salah satu daripada lokasi yang sangat terkenal buat pengunjung dalam dan luar negara. Suasana kampung yang mendamaikan ditambah pula dengan sungai yang dipenuhi ikan koi pasti akan memberikan kedamaian buat anda.

Jangan risau. Air sungai disini tidak dalam, jadi anda boleh menikmati suasana disini tanpa kerisauan. Apapun, aktiviti utama yang sering menjadi tumpuan disini adalah memberikan ikan makan. Selain itu, ia juga mempunyai taman haiwan yang menempatkan kucing hutan, pelanduk dan juga labi-labi.

12. Kolam Air Panas Poring

Kredit : About Sabah

Ia bukanlah sekdar kolam untuk anda melegakan tubuh badan anda setelah penat berjalan. Disini juga ada disediakan beberapa jenis aktiviti seperti canopy walk, kawasan air terjun, taman rama-rama, muzium serangga, gua kelawar dan juga jungle trekking.

Anda boleh memilih samada ingin merendamkan badan anda di kolam awam atau kolam peribadi. Air panas disini dikatakan sangat mujarab untuk membantu anda menghilangkan lenguh-lenguh badan dan juga sakit sendi.

Ada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini dan untuk aktiviti-aktiviti tertentu.

13. Pulau Mantanani

Kredit : Mantanani Island

Seterusnya adalah Pulau Mantanani yang terdiri daripada 3 buah pulau iaitu:

  • Mantanani Kecil
  • Mantanani Besar
  • Linggisan

Menariknya mengenai Pulau Mantanani ini adalah ia merupakan sebuah destinasi selam skuba yang sangat terkenal kerana ia mempunyai satu tarikan yang sukar untuk anda temukan di tempat lain.

Ia mempunyai tiga kawasan kapal karam yang menjadi tarikan utama. Ramai penyelam suka untuk mencabar diri mereka dan ingin mendapatkan sebuah pengalaman yang agak rare dengan menyelam di kawasan ini.

Ia sebenarnya adalah kapal kargo dari Jepun yang tenggelam sewaktu Perang Dunia Kedua sekitar tahun 1944 yang lalu. Namun, hanya mereka yang memiliki lesen menyelam sahaja dibenarkan untuk mengakses kawasan ini.

Oh. Untuk pemandangan bawah laut yang biasa pun ada. Anda masih lagi boleh melihat sotong, kuda laut dan macam-macam spesis hidupan lain lagi.

14. Lok Kawi Wildlife Park

Kredit : Klook

Sabah yang terkenal dengan kepelbagaian spesis flora dan fauna pasti mempunyai tempat-tempat menarik di Sabah yang anda boleh kunjungi untuk menikmati keunikan spesis-spesis ini.

Salah satunya adalah di Lok Kawi Wildlife Park. Ia terbahagi kepada dua bahagian yang berbeza iaitu bahagian zoologi dan juga bahagian botani.

Disini anda boleh melihat pelbagai jenis haiwan-haiwan eksotik yang ada dan dijaga dengan sebaiknya.

Antara haiwan yang dapat dilihat adalah orang utan, monyet belanda, harimau, gajah dan banyak lagi. Di zon botaninya, anda boleh melalui laluan sejuah sekitar 1.4 km. Oh. Disini juga ada disediakan persembahan oleh haiwan.

15. Pulau di Sabah – Pulau Dinawan

Pulau di Sabah
Kredit : All Points East

Nak tahu apa yang menariknya Pulau Dinawan ini? Anda bangun sahaja dari tidur, anda akan disambut oleh pemandangan Gunung Kinabalu yang indah.

Jadi, jangan lupa untuk mengabadikan memori dan kenangan anda di sini dengan mengambil gambar sebanyak mungkin.

Selain itu, ia juga turut mempunyai tarikan sama seperti di pulau lain seperti aktiviti snorkeling, selam skuba, menikmati sunset dan sunrise, berkayak dan macam-macam lagi aktiviti lain.

16. Air Terjun Langanan

Foto Kredit : Trip Advisor

Air Terjun Langanan merupakan salah satu daripada air terjun yang terbesar di Sabah. Menariknya untuk sampai ke sini, anda akan dibawa melalui beberapa air terjun yang lebih kecil seperti air terjun Kipungit dan juga Gua Kelawar.

Lokasi ini terletak 120 meter daripada paras laut dan mengambil masa sekitar 2 jam dari Air Terjun Kipungit. Sebagai peringatan, laluan disini agak mencabar kerana ia akan melalui kawasan hutan yang agak curam. Sebab itu jugalah pengunjung tidak dibenarkan untuk ke sini selepas 2 petang.

Apapun, perjalanan anda pasti akan terasa berbaloi saat anda melihat keindahan air terjun ini. Ia sangat cantik, memukau dan mempersona. Ia dikelilingi keindahan dan kehijauan alam semulajadi serta mempunyai angin yang agak kuat.

Oh. Anda perlu check in di kaunter tiket terlebih dahulu sebelum masuk ke sini dan pastikan juga anda check out sebelum keluar. Jika tidak, pihak disini akan menganggap anda terperangkap disini.

17. Air Terjun Kipungit

Foto Kredit : MySabah.com

Tadi kami ada mentioned sebelum sampai ke Air Terjun Langanan, anda akan melalui Air Terjun Kipungit terlebih dahulu. Ia merupakan sebuah kawasan air terjun yang sangat jernih dan akan memberikan ketenangan kepada mata yang memandang.

Oh. Menariknya disini adalah, anda boleh juga nikmati pengalaman ala-ala spa ikan kerana bila anda merendamkan kaki di dalam sungai disini, akan ada ikan-ikan kecil yang akan datang untuk menguis kulit mati anda keluar.

Disini juga dibenarkan untuk aktiviti seperti berkelah dan BBQ. Jadi, anda boleh merancang aktiviti anda dengan sebaik mungkin.

18. Pulau Tiga

Kredit : Culture Trip

Sesuai dengan namanya, pulau ini terdiri daripada 3 buah pulau yang membentuk Taman Negara Pulau Tiga. Lokasinya terletak sekitar 48 KM dari arah selatan Kota Kinabalu.

Pulau ini mula terkenal di mata dunia apabila sebuah rancangan realiti popular antarabangsa melakukan penggambaran mereka disini iaitu, Survivor : Borneo sekitar tahun 2000.

Uniknya pulau ini adalah ia mempunyai kolam lumpur gunung berapi yang dikatakan bersifat terapi dan baik untuk kesihatan. Jadi, jangan berasa pelik pula bila anda lihat ramai pengunjung di kolam lumpur ini.

Satu lagi perkara yang anda perlu tahu dan berikan perhatian adalah, di pulau ini jugalah merupakan tempat kediaman ular yang termasuk dalam kategori paling beracun di dunia.

Tapi, jangan risau kerana ia tidak begitu agresif dan pihak berwajib telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan setiap pengunjung.

19. Bukit Sosodikon

Homestay Kundasang Sabah
Foto Kredit : Sabah Hill

Bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak dan hiking, anda boleh datang ke Bukit Sosodikon. Untuk sampai ke puncak ini, anda perlu mendaki selama 20 minit.

Pendakian anda pasti akan menjadi sangat berbaloi apabila anda sampai ke puncaknya. Pemandangan yang bakal anda lihat akan menjadi satu pemandangan yang sangat sukar untuk diungkapkan oleh kata-kata. Di atas puncak, anda boleh melihat beberapa sisi pemadangan yang berbeza.

Pada bahagian sebelah utara, anda boleh melihat pemandangan indah Kinabalu dan bahagian selatan pula merupakan kawasan-kawasan berbukit yang berbentuk seperti piramid.

Disini, anda akan dikenakan caj sebanyak RM3 sebagai bayaran masuk.

20. Pulau Sipadan

Kredit : Sabah Travel Guide

Pulau Sipadan merupakan salah satu daripada destinasi paling popular dalam kategori pulau di Sabah. Kalau susah sangat nak buat pilihan dan belum pernah lagi datang ke pulau di Sabah, pilihlah Pulau Sipadan.

Ia merupakan lokasi paling popular dalam dunia untuk aktiviti selam skuba. Banyak portal berita antarabangsa yang memaparkan mengenai Pulau Sipadan seperti National Geographic dan Discovery Channel.

Ekosistem lautan sekitar Pulau Sipadan ini sangat kaya dengan pelbagai spesies batu karang dan ikan yang dianggarkan lebih daripada 3000 jenis.

21. Mesilau Nature Resort

Foto Kredit : Trip.com

Uniknya kawasan di Mesilau Nature Resort ini adalah, ia sentiasai dilitupi oleh kabus dan memberikan kesegaran serta kenyamanan udara yang sangat sukar untuk anda temukan di tempat lain.

Itulah diantara kelebihan dan keunikan Mesilau Nature Resort. Disini, anda boleh untuk menikmati keindahan flora dan fauna yang unik dan pelbagai. Anda juga boleh melakukan aktiviti menarik seperti merentas hutan.

22. Sungai Kibunut

Kredit : Borneo Echo

Di Sabah, ada lebih daripada 500 batang sungai yang menggunakan sistem tagal. Sistem tagal ini bermaksud “tidak memancing.”

Untuk mudahkan anda faham, semua sungai yang menjalankan sistem ini adalah sungai yang dilarang untuk anda memancing. Tujuannya adalah untuk memelihara ekosistem yang wujud disini.

Jika ada yang berani melanggar, anda akan dikenakan “sogit”. Sogit ini adalah denda. Sekalipun anda tidak dibenarkan memancing, banyak lagi aktiviti lain yang anda boleh lakukan disini seperti BBQ, berkhemah, berehat santai dan lain-lain lagi.

23. Taman Bukit Tawau

Menarik di Sabah
Kredit : Blog Info Tawau

Salah satu tempat menarik di Sabah adalah Taman Bukit Tawau. Ia merupakan sebuah taman yang menyediakan keindahan dan keunikan alam semulajadi.

Disini, anda boleh lihat 5 batang sungai utama iaitu:

  • Sungai Tawau
  • Sungai Merotai
  • Sungai Kinabutan
  • Sungai Mantri
  • Sungai Balung

Keluasan taman ini pula adalah sekitar 27,972 hektar. Anda juga boleh melihat keunikan floranya seperti pokok hutan tropika yang tertinggi di dunia, Air Terjun Table, Air Terjun Gelas, kolam air panas dan juga taman botani.

Bukan itu sahaja, anda boleh temukan lebih daripada 100 spesis haiwan, lebih daripada 100 spesis kupu-kupu dan lebih 200 spesis burung.

24. JIC Seng Nursery

Bagi anda yang dalam perjalanan ke Desa Dairy Farm, anda pasti akan melintasi JIC Seng Nursery. Jadi, apa kata anda singgah dahulu ke JIC Seng Nursery.

Ia merupakan salah satu daripada lokasi yang agak menarik untuk anda kunjungi. Anda akan disambut oleh pelbagai spesis dan warna serta keharuman bunga-bunga yang tumbuh mekar disini.

Anda juga boleh membeli bunga-bunga untuk dijadikan hiasan rumah disini.

25. Menarik di Sabah – Tamu Pekan Beaufort

Kredit : Dreamstime

Disini, anda boleh temukan hampir segalanya berkenaan daging, ikan, sayuran segar, herba, buah, aksesori, pakaian bundle dan macam-macam lagi produk terutamanya produk tempatan.

Anda juga boleh temukan aneka makanan seperti kuih-muih, soto, bakso, mee rojak dan macam-macam lagi disini.

Tamu Pekan Beaufort sentiasa meriah dengan pengunjung dari dalam dan juga luar negeri. Memang best sangat-sangat suasana disini.

26. Mari Mari Cultural Village

Kredit : Viator

Ia merupakan sebuah perkampungan yang dijadikan sebagai sebuah muzium untuk mengekal dan memelihara etnik-etnik di Borneo ini. Disini, anda akan diberikan peluang untuk melihat gaya hidup daripada 5 etnik yang berbeza.

Etnik-etnik yang ada disini adalah:

  • Kadazan-Dusun
  • Rungus
  • Lundayeh
  • Bajau
  • Murut

Setiap etnik ini mempunyai kepakaran mereka yang tersendiri seperti petani, pemburu, nelayan dan nomad laut. Anda juga berpeluang untuk mencuba beberapa aktiviti harian mereka dan yang paling popular adalah cara menggunakan sumpit.

27. Pulau Pom Pom

Pulau di Sabah

Pulau Pom Pom ini pula terbahagi kepada dua buah pulau iaitu Pulau Pom Pom Besar dan Pulau Pom Pom Kecil. Sekalipun terdiri daripada dua buah pulau, saiz pulau ini tidaklah begitu besar.

Berdasarkan kiraan, anda cuma memerlukan masa sekitar 30 minit sahaja untuk mengelilingi pulau ini. Sama seperti pulau di Sabah yang lain, aktiviti selam skuba dan snorkeling merupakan aktiviti utama disini.

Pulau Pom Pom sangat kaya dengan hidupan laut yang sangat-sangat menarik untuk dilihat. Sebab itulah ramai yang pesan supaya bawa kamera kalis air jika berkujung ke sini.

Pulau ini turut menjadi tempat penetasan telur pilihan penyu sisik dan penyu hijau. Dikatakan, penyu hijau akan datang menetaskan telur di sini sepanjang tahun namun musim kemuncaknya adalah dari bulan Mei hingga September. 

28. Borneo Quad Biking

Menarik di Sabah
Kredit : Borneo Quad Biking

Aktiviti lasak menggunakan ATV ini adalah salah satu daripada aktiviti menarik di Sabah yang anda patut cuba bila anda datang ke Sabah. Ini memang merupakan cara yang paling “sempoi” untuk anda menikmati keindahan alam semulajadi di Sabah.

Borneo Quad Biking merupakan di antara pengendali servis ATV yang paling popular dan menjadi pilihan ramai. Ia terletak di Kampung Mantob. Trek anda akan memberikan cabaran yang berbeza di tempat lain kerana anda akan melalui kawasan berlumpur dan juga kawasan curam.

29. Masjid Kota Kinabalu

Kredit : Viator

Masjid Kota Kinabalu merupakan masjid tumpuan para pengunjung kerana ia diinspirasikan daipada Masjid Nabawi yang terletak di Madinah. Tahu berapa kos pembinaan masjid ini? RM34 juta!

Ia juga dikenali sebagai Masjid Terapung kerana ia dikelilingi oleh sebuah tasik buatan manusia. Ia turut dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan seperti:

  • Mesin ATM
  • Kolam ikan
  • Madrasah
  • Klinik

Anda juga diberikan aktiviti seperti bot pedal untuk anda kayuh di tasik untuk anda menikmati pemandangan dari sudut pandang yang lebih berbeza.

30. Konunukan Garden & Camping

Foto Kredit : Hounon Group Borneo Stay

Anda suka glamping? Menikmati pemandangan malam yang dilimpahi cahaya bintang bergemerlapan pasti akan menjadi satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan buat anda.

Itulah apa yang anda boleh nikmati di Konunukan Garden & Camping.

Memang best suasana disini. Anda boleh melihat keindahan alam semulajadi yang menghijau dan juga menikmati keindahan pemandangan Gunung Kinabalu.

Bayaran masuk disini adalah RM20 untuk dewasa, RM15 untuk remaja, dan percuma untuk kanak-kanak.

31. Muzium Negeri Sabah

Kredit : Sabah Museum

Muzium Negeri Sabah ini mempunyai keluasan sekitar 17 hektar. Ia juga dikelilingi oleh taman yang indah menghijau. Anda juga boleh temukan sebuah zoo dan kampung warisan yang terletak di sekitar muzium ini.

Ada beberapa jenis pameran lain yang terletak di dalam kompleks Muzium Negeri Sabah ini iaitu:

  • Muzium Peradaban Islam
  • Pusat Sains dan Teknologi

Memang best jika anda datang ke sini bersama-sama keluarga kerana banyak perkara yang anda boleh dapatkan disini disamping menambah ilmu pengetahuan.

32. Menarik di Sabah – Pasar Filipina

Kredit : Twitter – Fatin Sihan

Haa.. Ini memang merupakan di antara lokasi wajib dan tempat menarik untuk anda kunjungi di Sabah. Pasar Filipina merupakan port terbaik bagi pencinta makanan.

Disini, anda boleh temukan pelbagai jenis makanan laut yang segar-segar. Sabah memang terkenal dengan makanan laut yang segar, besar dan paling penting, murah!

Anda boleh temukan terlalu banyak kedai seafood disini. Apapun, pastikan anda survey terlebih dahulu dari segi harga dan juga kebersihan kedai.

Sebabnya banyak juga isu-isu seperti keracunan makanan yang berlaku akibat salah pilih kedai.

33. Pulau Mabul

Kredit : Cari Destinasi

Sebuah lagi pulau di Sabah yang sangat terkenal iaitu Pulau Mabul. Lokasinya terletak berdekatan dengan Pulau Sipadan yang mana kami ada kongsikan sebelum ini sebagai salah sebuah tempat atau lokasi selam skuba yang agak popular di dunia.

Menariknya di sini adalah anda mempunyai banyak pilihan tempat penginapan. Jadi, anda boleh sesuaikan percutian anda mengikut bajet anda.

Namun begitu, tarikan utama di Pulau Mabul ini sebenarnya adalah kerana ia merupakan salah satu destinasi yang sangat kaya dengan hidupan laut. Pelbagai jenis ikan dan sotong anda boleh temukan disini jika anda melakukan aktiviti selam skuba.

Anda juga boleh melawat perkampungan masyarakat Bajau Laut, menikmati pemandangan matahari menaik dan terbenam yang sungguh mengujakan, dan apabila malam menjelma, anda boleh bersantai di tepi pantai sambil menikmati pemandangan indah hamparan bintang di langit.

34. Masjid Negeri Sabah

Kredit : Utusan Malaysia

Masjid ini sangat menarik kerana ia memiliki seni bina yang menggabungkan rekaan tamadun Islam dan juga rekaan moden ke atas bangunan-bangunannya.

Jika anda perhatikan dengan teliti, anda akan perasan bahawa rekaan kubah masjid ini diinspirasikan oleh Masjid Biru di Istanbul, Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis dan Masjid Jame di New Delhi.

Rekaan menaranya pula yang mempunyai ketinggian 215 kaki ini diambol daripada rekaan Masjid Nabi di Madinah dan juga Masjidil Haram di Mekah.

Nak Terokai Lebih Banyak Tempat Menarik di Sabah?

Di ED Holidays Travel, kami akan bantu anda untuk sampai ke semua tempat menarik yang ada di Sabah menerusi pakej mampu milik kami.

Kami juga menyediakan homestay yang selesa dan mampu memenuhi keperluan serta kehendak anda dan mereka yang datang bersama-sama anda samada pasangan, keluarga atau rakan-rakan.

Jangan risau. Kami mempunyai lesen yang sah dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan untuk menguruskan percutian anda.

Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah: