Susah sebenarnya nak dapatkan servis sewa kereta KK yang murah, berkualiti dan mesra pelanggan. Sama juga kalau anda ke destinasi-destinasi lain seperti Pulau Langkawi dan sebagainya. Anda pasti pernah berhadapan dengan sikap “lebih kurang” penyedia servis ini.

“Geram pulak rasa. Takpe. Saya ambil dari orang lain.”

Selalunya begitulah yang ada dalam fikiran kita. Alih-alih, penyedia servis sewa kereta yang lain pun sama juga.

Jangan risau. Sejak dari tahun 2017, kami telah mendapatkan permit dan lesen yang sah untuk menyediakan servis sewa kereta KK (Kota Kinabalu).

Setiap tahun, kami akan pastikan pilihan jenis kereta dan unit kereta juga semakin bertambah. Jadi, jika anda datang dalam kumpulan yang kecil atau besar sekalipun, kami mampu untuk memenuhi kehendak dan keperluan anda.

Sewa Kereta KK – ED Holidays Travel & Car Rental

Di Sabah, kami bukan sahaja terkenal sebagai agensi pelancongan semata-mata. Kami turut menawarkan servis sewa kereta KK dan juga servis homestay Kota Kinabalu.

Dari Kota Kinabalu, dekat sahaja untuk anda pergi ke destinasi-destinasi tumpuan yang lain di Sabah. Sebab itulah kami memilih untuk meletakkan pusat operasi kami disini.

@edholidaystravel

Terima kasih kerana memilih pakej percutian EdHolidaysTravel🥰 Siapa” yang mau pegi kundasang boleh lah dm sekarang🥰 #fyp #keretasewakk #homestaykk #pakejpercutiankundasang #pakejmurah #kundasang #cuticutimalaysia

♬ Dj Staaan Eminemmm – Dj suwandi

Senarai Kereta Sewa ED Holidays Travel & Car Rental

Untuk anda yang perlukan kereta sewa dengan bajet yang rendah, kami menawarkan promosi serendah RM120 / hari untuk kegunaan anda.

Sesuai untuk mereka yang mereka yang memerlukan kereta sewa pandu sendiri untuk urusan rasmi seperti urusan kerja di sekitar Kota Kinabalu atau melancong ke kawasan berhampiran bandaraya Kota Kinabalu, seorang atau dalam jumlah 1-4 orang penumpang, cadangan kami adalah seperti berikut:

  • Axia Auto – RM120/hari
Sewa Kereta KK
  • Saga – RM140/hari
Sewa Kereta KK
  • Bezza – RM140/hari
Sewa Kereta KK

“Ada kereta besar tak?”

Eh. Mestilah ada. Kami juga menawarkan beberapa jenis dan unit kereta jenis MPV khas untuk anda.

a. Proton Exora (A) RM220

  • RM220 / hari
  • Minimum sewa 2 hari

Perodua Aruz (A) RM220  

  • RM220 / hari (Harga asal RM250)
  • Minimum sewa 2 hari
Van Sewa Sabah

c. Alza New 2022 (A) 1.55c – 7pax

  • RM250 /hari
  • Minima sewa 2 hari

d. Innova

  • RM300 /hari

Nak cari kereta lain? Boleh. Anda boleh terus hubungi kami dan kami akan berikan senarai kereta sewa termasuk harga sewaan sekali.

“Kami juga ada sediakan servis Van Sewa Sabah.”

Disini, kami menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk semua jenis kenderaan yang kami sediakan.

Disebabkan oleh permintaan untuk van semakin bertambah saban minggu, kami sendiri telah menambah jumlah van kami.

Tujuannya adalah bagi memastikan seramai mungkin pelanggan dapat menikmati servis yang berkualiti daripada pihak kami.

Van yang kami sediakan adalah jenis Urvan NV350. Van ini mampu memuatkan sekitar 11 ke 14 penumpang pada satu-satu masa.

Berapa pula harga sewaan untuk sehari? Anda mesti rasa macam mahal kan?

Van Sewa Sabah

Jangan risau. Harga di ED Holidays adalah diantara harga yang terendah yang ada dalam pasaran.

Caj untuk sehari adalah RM350 sahaja. Berbaloi kan?

Kami juga menawarkan sewaan Starex.

Harga sewa untuk sehari adalah RM500. Oh. Starex ni auto dan mampu memuatkan sekitar 11 orang dalam satu-satu masa.

Jom hubungi kami sekarang untuk kami bantu anda mendapatkan servis kereta sewa KK pada kadar yang sangat berpatutan.

Kelebihan ED Holidays Travel

  1. Pilihan Kenderaan: Kami menyediakan pelbagai jenis kereta sewa yang sesuai dengan  bajet dan keperluan anda. Ini termasuk kenderaan kecil, sedan,MVPSUVvan, atau hilux (4×4), bergantung kepada jumlah penumpang dan keperluan khusus.
  2. Harga Berpatutan: Kami juga turut menawarkan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan bajet anda, malah kami turut mengadakan PROMOSI pada hari-hari tertentu.
  1. Syarat Sewaan yang Jelas: Tiada cas tersembunyi. Kami di ED Holidays Travel memberikan penerangan yang jelas berkaitan terma dan syarat sewaan. Ia termasuklah had umur pemandu, dokumen yang diperlukan, jarak pemanduan yang dibenarkan, dan apa-apa sekatan lain yang berkaitan dengan penggunaan kenderaan sewaan. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan, anda boleh terus berhubung dengan kami untuk mendapatkan jawapan.
  2. Sokongan Jalan Raya: Malang tidak berbau, sekiranya kereta yang disewa mengalami kerosakan atau anda terlibat dalam kemalangan ketika menggunakan kereta sewa kami, pihak kami akan datang untuk memberikan bantuan yang sewajarnya kepada anda.
  3. Kualiti Kenderaan: Semua kenderaan kami telah diservis dan diperiksa secara berkala bagi memastikan kenderaan yang disewakan berada di dalam keadaan terbaik. Ia penting bagi memastikan keselesaan pelanggan dan juga keselamatan pelanggan.
  4. Kemudahan Pengambilan dan Penghantaran: Kami juga menawarkan perkhidmatan PERCUMA untuk penghantaran di airport KKIA.
  5. Perkhidmatan Pelanggan yang Baik:  Kami merupakan syarikat yang berpengalaman lebih 8 tahun dalam perkhidmatan kereta sewa Sabah murah dan pelancongan. Kami sentiasa memastikan kualiti perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan kami.

Jom hubungi kami sekarang untuk kami bantu anda mendapatkan van sewa Sabah pada kadar yang sangat berpatutan.