Kalau sebut mengenai pulau di Sabah, pasti kita akan mula membayangkan beberapa pulau yang cantik dan menarik seperti apa yang biasa kita lihat di media massa, poster dan juga di media sosial.

Percutian di pulau merupakan salah satu jenis percutian paling popular dan digemari ramai. Ye la. Siapa je yang tak suka untuk menikmati keindahan alam semulajadi kan? Dapat pula berehat di tepi atau di tengah laut (banyak chalet di pulau di Sabah berada di atas air).

Menikmati kelembutan bayu yang bertiup dan berhembus ke muka. Fuh. Memang akan buat kita rasa tak sabar nak sampai ke pulau di Sabah. Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa senarai pulau yang anda patut kunjungi di sini. Jom baca!

Senarai Pulau di Sabah

Berikut merupakan beberapa pulau yang kami telah senaraikan dan berikan sedikit penerangan khas untuk anda. Oh. Susunan di dalam senarai bukanlah susunan mengikut ranking ye. Jangan salah faham.

1. Pulau Manukan

Pulau Manukan – Foto Kredit : BusinessToday

Untuk pengetahuan anda, Pulau Manukan merupakan pulau kedua terbesar yang terletak di dalam kawasan Taman Negara Tunku Abdul Rahman, dan juga merupakan Taman Nasional Laut yang pertama di Malaysia.

Lokasi pulau ini erletak di sebelah Timur Malaysia iaitu di negeri Sabah , tidak jauh dari bandar Kota Kinabalu dan mudah diakses dengan menaiki bot.

Pulau Manukan juga adalah pulau yang paling popular dalam kalangan penduduk Kota Kinabalu, Sabah. Manukan memiliki beberapa pesisiran pantai yang cantik di sebelah selatan dan terbaik di bahagian timur pulau.

Di luar pesisir pantai terdapat terumbu karang yang sangat sesuai untuk aktiviti snorkeling, menyelam dan berenang.

Antara lima pulau dibawah Taman Negara Tunku Abdul Rahman, Manukan adalah antara kemudahan pelancongan paling maju yang merangkumi 20 unit chalet, clubhouse, dan beberapa restoran serta pusat menyelam.

Terdapat juga kemudahan rekreasi termasuklah kolam renang, padang bola, bola tampar dan gelanggang Sepak Takraw.

2. Pulau di Sabah – Pulau Mamutik

Kredit : Sabah Parks

Seterusnya dalam senarai pulau di Sabah kami untuk anda adalah Pulau Mamutik. Ia juga merupakan salah satu dari lima gugusan pulau-pulau Taman Negara Tunku Abdul Rahman dan merupakan pulau terkecil dikalangan gugusan.

Keluasan pulau ini adalah sekitar 15 ekar atau 61,000 meter persegi sahaja. Apa yang menariknya mengenai lokasi pulau ini adalah ia terletak hanya 3 KM daripada Jeti Jesselton, Kota Kinabalu.

Apapun, anda jangan pandang rendah sekalipun ia tidak sebesar pulau-pulau yang lain. Hal ini kerana ia mempunyai jumlah pantai yang sangat cantik dan mempersona.

Antara tarikan utama pulau di Sabah ini adalah, ia mempunyai koleksi khazanah alam semulajadi bawah laut yang menarik iaitu terumbu karang.

Pulau ini juga memiliki jeti, rumah rehat 3 bilik tidur untuk disewa, dan kuartes kaki tangan bagi stesen Ranger.

Mengunjungi Pulau Mamutik, pengunjung akan dapat menikmati pemandangan indah yang begitu tenang, pesisir pantai pulau yang berpasir putih dan airnya yang begitu jernih nampak dari permukaan.

Pulau tropika ini kaya dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang hidup subur diatas pulau. Biasanya pengunjung gemar melakukan aktiviti menyelam, kerana laut pulau yang sangat jernih amatlah sesuai untuk berenang dan beristirehat.

3. Pulau Sapi

Pulau di Sabah
Kredit : Trip Advisor

Pulau Sapi adalah pulau yang diiktiraf sebagai taman laut negara. Seperti Pulau Mamutik dan Pulau Manukan, ia juga terletak di bahagian Timur Malaysia iaitu di negeri Sabah dan boleh dilawati dengan menggunakan bot.

Pulau ini mempunyai keluasan 25 ekar yang terletak di hujung barat daya Pulau Gaya. Pulau Sapi amat popular dikalangan pelancong bagi aktiviti snorkeling dan menyelam.

Sekitar Jam 10 pagi dan 4 petang kawasan pulau ini akan sibuk dengan pelancong asing apabila bot tiba dan berlepas.

Pulau Sapi juga lengkap dengan kemudahan bagi pelancong yang masuk ke jeti, seperti perlindungan berkelah, tempat memanggang, meja, bilik persalinan, dan bilik air.

Hutannya pula didiami oleh maca ques. Aktiviti seperti berkemah dan unggun api juga dibenarkan di pulau tersebut dengan kebenaran Warden Taman.

4. Pulau Mantanani

Kredit : Mantanani Island

Seterusnya adalah Pulau Mantanani yang terdiri daripada 3 buah pulau iaitu:

  • Mantanani Kecil
  • Mantanani Besar
  • Linggisan

Menariknya mengenai Pulau Mantanani ini adalah ia merupakan sebuah destinasi selam skuba yang sangat terkenal kerana ia mempunyai satu tarikan yang sukar untuk anda temukan di tempat lain.

Ia mempunyai tiga kawasan kapal karam yang menjadi tarikan utama. Ramai penyelam suka untuk mencabar diri mereka dan ingin mendapatkan sebuah pengalaman yang agak rare dengan menyelam di kawasan ini.

Ia sebenarnya adalah kapal kargo dari Jepun yang tenggelam sewaktu Perang Dunia Kedua sekitar tahun 1944 yang lalu. Namun, hanya mereka yang memiliki lesen menyelam sahaja dibenarkan untuk mengakses kawasan ini.

Oh. Untuk pemandangan bawah laut yang biasa pun ada. Anda masih lagi boleh melihat sotong, kuda laut dan macam-macam spesis hidupan lain lagi.

5. Pulau di Sabah – Pulau Dinawan

Pulau di Sabah
Kredit : All Points East

Nak tahu apa yang menariknya Pulau Dinawan ini? Anda bangun sahaja dari tidur, anda akan disambut oleh pemandangan Gunung Kinabalu yang indah.

Jadi, jangan lupa untuk mengabadikan memori dan kenangan anda di sini dengan mengambil gambar sebanyak mungkin.

Selain itu, ia juga turut mempunyai tarikan sama seperti di pulau lain seperti aktiviti snorkeling, selam skuba, menikmati sunset dan sunrise, berkayak dan macam-macam lagi aktiviti lain.

6. Pulau Tiga

Kredit : Culture Trip

Sesuai dengan namanya, pulau ini terdiri daripada 3 buah pulau yang membentuk Taman Negara Pulau Tiga. Lokasinya terletak sekitar 48 KM dari arah selatan Kota Kinabalu.

Pulau ini mula terkenal di mata dunia apabila sebuah rancangan realiti popular antarabangsa melakukan penggambaran mereka disini iaitu, Survivor : Borneo sekitar tahun 2000.

Uniknya pulau ini adalah ia mempunyai kolam lumpur gunung berapi yang dikatakan bersifat terapi dan baik untuk kesihatan. Jadi, jangan berasa pelik pula bila anda lihat ramai pengunjung di kolam lumpur ini.

Satu lagi perkara yang anda perlu tahu dan berikan perhatian adalah, di pulau ini jugalah merupakan tempat kediaman ular yang termasuk dalam kategori paling beracun di dunia.

Tapi, jangan risau kerana ia tidak begitu agresif dan pihak berwajib telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan setiap pengunjung.

7. Pulau Sipadan

Kredit : Sabah Travel Guide

Pulau Sipadan merupakan salah satu daripada destinasi paling popular dalam kategori pulau di Sabah. Kalau susah sangat nak buat pilihan dan belum pernah lagi datang ke pulau di Sabah, pilihlah Pulau Sipadan.

Ia merupakan lokasi paling popular dalam dunia untuk aktiviti selam skuba. Banyak portal berita antarabangsa yang memaparkan mengenai Pulau Sipadan seperti National Geographic dan Discovery Channel.

Ekosistem lautan sekitar Pulau Sipadan ini sangat kaya dengan pelbagai spesies batu karang dan ikan yang dianggarkan lebih daripada 3000 jenis.

8. Pulau Pom Pom

Pulau di Sabah

Pulau Pom Pom ini pula terbahagi kepada dua buah pulau iaitu Pulau Pom Pom Besar dan Pulau Pom Pom Kecil. Sekalipun terdiri daripada dua buah pulau, saiz pulau ini tidaklah begitu besar.

Berdasarkan kiraan, anda cuma memerlukan masa sekitar 30 minit sahaja untuk mengelilingi pulau ini. Sama seperti pulau di Sabah yang lain, aktiviti selam skuba dan snorkeling merupakan aktiviti utama disini.

Pulau Pom Pom sangat kaya dengan hidupan laut yang sangat-sangat menarik untuk dilihat. Sebab itulah ramai yang pesan supaya bawa kamera kalis air jika berkujung ke sini.

Pulau ini turut menjadi tempat penetasan telur pilihan penyu sisik dan penyu hijau. Dikatakan, penyu hijau akan datang menetaskan telur di sini sepanjang tahun namun musim kemuncaknya adalah dari bulan Mei hingga September. 

9. Pulau Mabul

Kredit : Cari Destinasi

Sebuah lagi pulau di Sabah yang sangat terkenal iaitu Pulau Mabul. Lokasinya terletak berdekatan dengan Pulau Sipadan yang mana kami ada kongsikan sebelum ini sebagai salah sebuah tempat atau lokasi selam skuba yang agak popular di dunia.

Menariknya di sini adalah anda mempunyai banyak pilihan tempat penginapan. Jadi, anda boleh sesuaikan percutian anda mengikut bajet anda.

Namun begitu, tarikan utama di Pulau Mabul ini sebenarnya adalah kerana ia merupakan salah satu destinasi yang sangat kaya dengan hidupan laut. Pelbagai jenis ikan dan sotong anda boleh temukan disini jika anda melakukan aktiviti selam skuba.

Anda juga boleh melawat perkampungan masyarakat Bajau Laut, menikmati pemandangan matahari menaik dan terbenam yang sungguh mengujakan, dan apabila malam menjelma, anda boleh bersantai di tepi pantai sambil menikmati pemandangan indah hamparan bintang di langit.

Nak Meneroka Pulau di Sabah?

@edholidaystravel

Bawa guest ke Pulau2 😍 Thankyou cust gunakan khidmat kami. Ada yang mau pegi pulau ka masa musim cuti? Jom contact kami, link ada di bio 😍 #pakejpulausabah #homestaykk #keretasewakk #pakejtravel

♬ suara asli – 🌀WILFEXBOR🌀 – user12159933608

Di ED Holidays Travel, kami turut menyediakan beberapa pakej yang sangat mampu milik untuk anda datang bersama-sama pasangan, keluarga atau rakan-rakan anda.

Menariknya setiap pakej kami ini akan memastikan anda mendapat kualiti servis, kualiti kemudahan, kualiti penginapan dan makanan yang terbaik.

Untuk informasi lanjut mengenai pakej pulau di Sabah, anda boleh hubungi kami. Klik button di bawah untuk Whatsapp kami sekarang. Mana tahu ada promosi ke sekarang ni?