Negeri Sabah, yang juga dikenali dengan nama Negeri Di Bawah Bayu mempunyai tarikan destinasi percutian yang menarik untuk dikunjungi bagi percutian seisi keluarga mahupun bersama sahabat handai.

Sekiranya anda belum pernah ada pengalaman bercuti ke Sabah, mungkin anda boleh teruskan baca blog ini dimana kami akan buat perkongsian tentang percutian ke Sabah selama 4 Hari 3 Malam, berserta dengan tempat-tempat menarik untuk anda kunjungi.

 

Tiket Penerbangan ke Kota Kinabalu Sabah

Untuk pergi bercuti ke Sabah, terdapat beberapa syarikat penerbangan yang anda boleh pilih, iaitu Malaysia Airlines (MAS), Air Asia dan juga Malindo Air.

Pilihlah mana-mana satu yang menepati bajet anda. Kebiasaannya, Air Asia adalah pilihan popular, sebabnya mereka selalu juga buat promosi. Anda boleh dapat harga tiket promosi berharga RM200-RM300 untuk penerbangan pergi dan balik bagi seorang penumpang.

Sebaik-baiknya, pilih penerbangan paling awal yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) sebabnya anda mungkin perlukan masa yang lebih panjang untuk urusan dengan pihak imigresen semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Kalau boleh kena bergerak pantas untuk jimatkan masa. Maklumlah kat Sabah ni cepat gelap. Nanti kalau banyak buang masa, tak sempat pulak nak pergi ke tempat-tempat menarik yang ada di Kota Kinabalu dan Kundasang nanti.

Selesai urusan dengan pihak imigresen, dah dapatkan semua bagasi, anda boleh terus hubungi kami, ED Holidays Travel & Car Rental Sdn Bhd dan dapatkan kereta sewa. Tempah awal ye bagi memastikan kenderaan yang anda mahukan belum diambil orang.

Satu perkara lagi, kami juga menyediakan khidmat sewa kereta pandu sendiri ataupun bersama dengan tour guide.

Mana satu yang lebih baik ? Ambil pakej kereta sewa pandu sendiri atau pakej bersama tour guide yang bakal membawa pelancong melawat destinasi percutian di sekitar Kota Kinabalu dan Kundasang?

Sebenarnya, kedua-duanya pun ada kelebihan yang tersendiri. Jika anda yakin anda tak akan sesat, anda tahu tempat mana yang ingin dikunjungi dulu, maka bolehlah sewa kereta dan pandu sendiri.

Sebaliknya, jika anda inginkan seseorang yang dapat membawa anda ke tempat-tempat menarik di Kota Kinabalu dan Kundasang dengan selamat, tak perlu risau akan sesat dan dapat singgah ke tempat-tempat menarik dan lainnya, maka bolehlah dapatkan khidmat tour guide.

Jom teruskan pembacaan anda dan lihat tempat-tempat menarik yang anda akan kunjungi selama 4 Hari 3 Malam. Klik link di bawah:

Ingin bercuti ke Sabah? Ini dia tentatif percutian 4 hari 3 malam ke Sabah dengan bajet minima