Ramai yang suka tanya apa yang menarik di Sabah. Banyak sebenarnya yang kami nak senaraikan. Risau tak sempat pula anda nak berkunjung ke semua tempat yang dikongsikan.
Jadi, dalam perkongsian kali ini kami akan kongsikan dengan anda beberapa tempat menarik yang anda perlu tahu dan kunjungi apabila anda sampai ke Sabah.
Selain daripada Kota Kinabalu dan Kundasang, banyak lagi tempat menarik di Sabah. Sebab itulah anda perlu baca senarai kami ini.
Tempat Menarik di Sabah
Dalam senarai ini, ia bukanlah disusun mengikut ranking. Ia lebih kepada susunan secara random sahaja daripada kami di ED Holidays Travel.
Antara yang menarik di Sabah adalah:
1. Jambatan Gantung Tamparuli

Kalau di London ada Tower Bridge dan San Francisco ada Golden Gate, di Sabah pula ada Jambatan Tamparuli.
Kalau ikutkan, jambatan ini sebenarnya sama sahaja seperti mana-mana jambatan kayu yang anda boleh temukan di Sabah.
Namun, ia menjadi sangat popular disebabkan oleh sebuah lagu yang telah ditulis oleh seorang penyanyi asal Kandazan Dusun.
Lagu tersebut lebih kepada penceritaan kisah dan kehidupan masyarakat disini.
2. Taman Negara Kinabalu

Taman Negara Kinabalu atau Taman Kinabalu adalah sebuah taman negara yang terletak di bahagian utara Borneo. Ia juga merupakan taman tertua yang ada di negeri Sabah.
Pewartaan Taman Kinabalu sebagai taman negara telah dilakukan pada 16 Januari 1964. Disini jugalah terletaknya Gunung Kinabalu yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia.
Pada 2 Disember 2000, ia telah disenaraikan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia. Disini, anda boleh temukan pelbagai spesis flora dan fauna, hutan hujan tropika, hutan gunung tropika, hutan separa alpine dan tumbuhan-tumbuhan tinggi.
3. Menarik di Sabah – Taman Laut Tunku Abdul Rahman

Fenomena alam telah menyebabkan sebuah kawasan yang dahulunya daratan terpecah menjadi lima buah pulau yang berbeza.
Pulau-pulau ini adalah:
- Pulau Gaya
- Pulau Sapi
- Pulau Manukan
- Pulau Mamutik
- Pulau Sulug
Gugusan pulau inilah yang membentuk Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Selain Pulau Sulug, keempat-empat pulau lain sentiasa menjadi tumpuan dan dikunjungi oleh ramai pelancong.
Ada banyak aktiviti menarik anda boleh lakukan di sini seperti island hopping, snorkeling, scuba diving, sea walking, parasailing atau berkelah santai di tepi pantai.
Anda boleh semak pakej percutian pulau + Kundasang + Kota Kinabalu yang disediakan oleh pihak ED Holidays Travel jika anda ingin berkunjung ke pulau-pulau ini.
4. Menarik di Sabah – Gunung Kinabalu

Paling rugi jika anda dah sampai di Sabah tapi terlepas peluang untuk melihat Gunung Kinabalu. Ia merupakan gunung dengan puncak yang tertinggi di Malaysia.
Sebab itulah ia juga menjadi tumpuan para pendaki samada dari dalam atau luar negara untuk “mencabar” kesukaran pendakian disini.
Ia bukanlah satu perkara yang mudah kerana anda akan berada di sebuah kawasan beraltitud tinggi dan curam.
Gunung ini bukanlah untuk anda yang baru hiking. Anda perlukan persiapan mental dan fizikal yang rapi sebelum cuba untuk menawan gunung ini.
Pemandangan di puncak gunung sangat sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata, terutama sekali ketika matahari mula membenamkan cahaya. Jangan lupa untuk membawa banyak pakaian yang dapat menghangatkan badan termasuklah sarung tangan.
5. Kolam Air Panas Poring

Ia bukanlah sekdar kolam untuk anda melegakan tubuh badan anda setelah penat berjalan. Disini juga ada disediakan beberapa jenis aktiviti seperti canopy walk, kawasan air terjun, taman rama-rama, muzium serangga, gua kelawar dan juga jungle trekking.
Anda boleh memilih samada ingin merendamkan badan anda di kolam awam atau kolam peribadi. Air panas disini dikatakan sangat mujarab untuk membantu anda menghilangkan lenguh-lenguh badan dan juga sakit sendi.
Ada bayaran dikenakan untuk masuk ke sini dan untuk aktiviti-aktiviti tertentu.
6. Lok Kawi Wildlife Park

Sabah yang terkenal dengan kepelbagaian spesis flora dan fauna pasti mempunyai tempat-tempat menarik di Sabah yang anda boleh kunjungi untuk menikmati keunikan spesis-spesis ini.
Salah satunya adalah di Lok Kawi Wildlife Park. Ia terbahagi kepada dua bahagian yang berbeza iaitu bahagian zoologi dan juga bahagian botani.
Disini anda boleh melihat pelbagai jenis haiwan-haiwan eksotik yang ada dan dijaga dengan sebaiknya.
Antara haiwan yang dapat dilihat adalah orang utan, monyet belanda, harimau, gajah dan banyak lagi. Di zon botaninya, anda boleh melalui laluan sejuah sekitar 1.4 km. Oh. Disini juga ada disediakan persembahan oleh haiwan.
7. Sungai Kibunut

Di Sabah, ada lebih daripada 500 batang sungai yang menggunakan sistem tagal. Sistem tagal ini bermaksud “tidak memancing.”
Untuk mudahkan anda faham, semua sungai yang menjalankan sistem ini adalah sungai yang dilarang untuk anda memancing. Tujuannya adalah untuk memelihara ekosistem yang wujud disini.
Jika ada yang berani melanggar, anda akan dikenakan “sogit”. Sogit ini adalah denda. Sekalipun anda tidak dibenarkan memancing, banyak lagi aktiviti lain yang anda boleh lakukan disini seperti BBQ, berkhemah, berehat santai dan lain-lain lagi.
8. Taman Bukit Tawau

Salah satu tempat menarik di Sabah adalah Taman Bukit Tawau. Ia merupakan sebuah taman yang menyediakan keindahan dan keunikan alam semulajadi.
Disini, anda boleh lihat 5 batang sungai utama iaitu:
- Sungai Tawau
- Sungai Merotai
- Sungai Kinabutan
- Sungai Mantri
- Sungai Balung
Keluasan taman ini pula adalah sekitar 27,972 hektar. Anda juga boleh melihat keunikan floranya seperti pokok hutan tropika yang tertinggi di dunia, Air Terjun Table, Air Terjun Gelas, kolam air panas dan juga taman botani.
Bukan itu sahaja, anda boleh temukan lebih daripada 100 spesis haiwan, lebih daripada 100 spesis kupu-kupu dan lebih 200 spesis burung.
9. Menarik di Sabah – Tamu Pekan Beaufort

Disini, anda boleh temukan hampir segalanya berkenaan daging, ikan, sayuran segar, herba, buah, aksesori, pakaian bundle dan macam-macam lagi produk terutamanya produk tempatan.
Anda juga boleh temukan aneka makanan seperti kuih-muih, soto, bakso, mee rojak dan macam-macam lagi disini.
Tamu Pekan Beaufort sentiasa meriah dengan pengunjung dari dalam dan juga luar negeri. Memang best sangat-sangat suasana disini.
10. Mari Mari Cultural Village

Ia merupakan sebuah perkampungan yang dijadikan sebagai sebuah muzium untuk mengekal dan memelihara etnik-etnik di Borneo ini. Disini, anda akan diberikan peluang untuk melihat gaya hidup daripada 5 etnik yang berbeza.
Etnik-etnik yang ada disini adalah:
- Kadazan-Dusun
- Rungus
- Lundayeh
- Bajau
- Murut
Setiap etnik ini mempunyai kepakaran mereka yang tersendiri seperti petani, pemburu, nelayan dan nomad laut. Anda juga berpeluang untuk mencuba beberapa aktiviti harian mereka dan yang paling popular adalah cara menggunakan sumpit.
11. Borneo Quad Biking

Aktiviti lasak menggunakan ATV ini adalah salah satu daripada aktiviti menarik di Sabah yang anda patut cuba bila anda datang ke Sabah. Ini memang merupakan cara yang paling “sempoi” untuk anda menikmati keindahan alam semulajadi di Sabah.
Borneo Quad Biking merupakan di antara pengendali servis ATV yang paling popular dan menjadi pilihan ramai. Ia terletak di Kampung Mantob. Trek anda akan memberikan cabaran yang berbeza di tempat lain kerana anda akan melalui kawasan berlumpur dan juga kawasan curam.
12. Masjid Kota Kinabalu

Masjid Kota Kinabalu merupakan masjid tumpuan para pengunjung kerana ia diinspirasikan daipada Masjid Nabawi yang terletak di Madinah. Tahu berapa kos pembinaan masjid ini? RM34 juta!
Ia juga dikenali sebagai Masjid Terapung kerana ia dikelilingi oleh sebuah tasik buatan manusia. Ia turut dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan seperti:
- Mesin ATM
- Kolam ikan
- Madrasah
- Klinik
Anda juga diberikan aktiviti seperti bot pedal untuk anda kayuh di tasik untuk anda menikmati pemandangan dari sudut pandang yang lebih berbeza.
13. Muzium Negeri Sabah

Muzium Negeri Sabah ini mempunyai keluasan sekitar 17 hektar. Ia juga dikelilingi oleh taman yang indah menghijau. Anda juga boleh temukan sebuah zoo dan kampung warisan yang terletak di sekitar muzium ini.
Ada beberapa jenis pameran lain yang terletak di dalam kompleks Muzium Negeri Sabah ini iaitu:
- Muzium Peradaban Islam
- Pusat Sains dan Teknologi
Memang best jika anda datang ke sini bersama-sama keluarga kerana banyak perkara yang anda boleh dapatkan disini disamping menambah ilmu pengetahuan.
14. Menarik di Sabah – Pasar Filipina

Haa.. Ini memang merupakan di antara lokasi wajib dan tempat menarik untuk anda kunjungi di Sabah. Pasar Filipina merupakan port terbaik bagi pencinta makanan.
Disini, anda boleh temukan pelbagai jenis makanan laut yang segar-segar. Sabah memang terkenal dengan makanan laut yang segar, besar dan paling penting, murah!
Anda boleh temukan terlalu banyak kedai seafood disini. Apapun, pastikan anda survey terlebih dahulu dari segi harga dan juga kebersihan kedai.
Sebabnya banyak juga isu-isu seperti keracunan makanan yang berlaku akibat salah pilih kedai.
15. Masjid Negeri Sabah

Masjid ini sangat menarik kerana ia memiliki seni bina yang menggabungkan rekaan tamadun Islam dan juga rekaan moden ke atas bangunan-bangunannya.
Jika anda perhatikan dengan teliti, anda akan perasan bahawa rekaan kubah masjid ini diinspirasikan oleh Masjid Biru di Istanbul, Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis dan Masjid Jame di New Delhi.
Rekaan menaranya pula yang mempunyai ketinggian 215 kaki ini diambol daripada rekaan Masjid Nabi di Madinah dan juga Masjidil Haram di Mekah.
16. Desa Dairy Farm

Pemandangan seperti di New Zealand! Itulah apa yang akan dikatakan oleh para pengunjung Desa Dairy Farm yang terletak di Kundasang ini. Ia merupakan tempat menarik di Sabah yang anda wajib kunjungi.
Disini, anda boleh melihat pelbagai jenis dan spesis lembu yang bebas berkeliaran di dalam kawasan mereka. Ada yang anda pernah nampak dan banyak yang anda tak pernah nampak.
Selain itu, antara tarikan utamanya adalah kawasan kandang yang berlatar belakang Gunung Kinabalu. Ia sendiri terletak di kaki Gunung Kinabalu. Jika anda datang pada musim hujan, sayang sedikit kerana awan akan mengganggu pemandangan indah ini.
Oh. Suhu disini juga agak sejuk jadi, pakailah pakaian yang sesuai. Anda juga boleh temukan pokok hiasan unik yang menjadikan ia sangat sesuai untuk anda jadikan props gambar anda.
Disini juga anda boleh melihat proses pemerahan susu lembu dan membeli produk tenusu yang segar.
Nak Terokai Lebih Banyak Tempat Menarik di Sabah?
Di ED Holidays Travel, kami akan bantu anda untuk sampai ke semua tempat menarik yang ada di Sabah menerusi pakej mampu milik kami.
Kami juga menyediakan homestay yang selesa dan mampu memenuhi keperluan serta kehendak anda dan mereka yang datang bersama-sama anda samada pasangan, keluarga atau rakan-rakan.
Jangan risau. Kami mempunyai lesen yang sah dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan untuk menguruskan percutian anda.
Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah: