Pening kepala nak cari kereta sewa Sabah murah, selesa dan berbaloi untuk kegunaan anda dan keluarga atau bersama-sama rakan-rakan ketika di Sabah nanti?

Jangan risau. Kami di ED Holidays mempunyai banyak pilihan yang terbaik untuk anda. Kami juga faham bahawa untuk memastikan anda dapat meneroka dan berjalan-jalan di Sabah dengan lebih mudah, anda perlukan kereta sewa.

Tapi, mungkin anda ada banyak pengalaman kurang menarik bersama-sama dengan penyedia servis kereta sewa sebelum ini membuatkan anda sedikit berhati-hati untuk berurusan dan mendapatkan servis kereta sewa Sabah.

Kereta Sewa Sabah Murah – ED Holidays Travel

Disini, kami menawarkan pelbagai jenis pilihan kereta sewa untuk disesuaikan dengan keperluan dan kehendak penggunaan anda.

Kami juga telah bertahun-tahun lamanya di dalam bidang ini dan mendapat banyak testimoni serta feedback positif daripada pelanggan-pelanggan kami.

“Saya turun di airport. Kereta sewa Sabah mana yang boleh tunggu dan ambil saya di sana?”

Kami di ED Holidays Travel memang selalu mendapat request begini daripada klien kami. Jadi, anda tak perlu risau jika anda ingin turut di airport Kota Kinabalu dan nak terus drive kereta.

Anda maklumkan sahaja kepada kami masa ketibaan anda dan kami akan pastikan anda tidak perlu untuk menunggu lama.

Sama juga bila anda dah selesai urusan atau percutian anda di Sabah, anda boleh terus drop off kereta dan kami akan ambil di airport.

Kami akan pastikan segala urusan ini akan menjadi sangat mudah untuk pihak anda.

Pilihan Kereta di ED Holidays Travel

@edholidaystravel

mencari kereta sewa?tapi kurang pasti boleh muat berapa ramai? rujuk video dan terus contact kami 🔥 #keretasewakk #keretasewamurah #pakejkundasang #pakejpulausabah #homestaykk

♬ original sound – Call_me_JahanTanu🥰

Sebagai sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewa kereta Sabah murah sejak dari tahun 2017 lagi, kami sangat faham akan kehendak pelanggan kami yang rata-ratanya mencari kereta sewa (pandu sendiri) di Sabah terutamanya di Kota Kinabalu.

Kriteria utama pemilihan kereta sewa adalah ia mestilah pada harga yang berpatutan dan kualiti khidmat pelanggan yang terbaik. Itulah apa yang kami pegang dan terapkan selama ini di ED Holidays Travel.

Kereta Sewa Sabah

Kami sediakan pelbagai jenis kereta bermula dari:

  • Kereta ekonomi (compact atau sedan)
  • Kereta keluarga (MPV, SUV dan van)

Ia membolehkan anda memilih kereta yang sesuai dengan keperluan dan anggaran perjalanan anda. Kereta yang disediakan juga adalah mesra pengguna dilengkapi dengan ciri keselamatan yang baik dan juga keselesaan seperti kereta baru, kenderaan yang bersih siap fogging, sistem penghawa dingin yang berfungsi dengan baik,enjin yang di servis on time. 

Barulah seronok untuk anda travel bersama pasangan, keluarga atau rakan-rakan.

Kelebihan ED Holidays Travel

  1. Pilihan Kenderaan: Kami menyediakan pelbagai jenis kereta sewa yang sesuai dengan  bajet dan keperluan anda. Ini termasuk kenderaan kecil, sedan,MVPSUVvan, atau hilux (4×4), bergantung kepada jumlah penumpang dan keperluan khusus.
  2. Harga Berpatutan: Kami juga turut menawarkan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan bajet anda, malah kami turut mengadakan PROMOSI pada hari-hari tertentu.
  1. Syarat Sewaan yang Jelas: Tiada cas tersembunyi. Kami di ED Holidays Travel memberikan penerangan yang jelas berkaitan terma dan syarat sewaan. Ia termasuklah had umur pemandu, dokumen yang diperlukan, jarak pemanduan yang dibenarkan, dan apa-apa sekatan lain yang berkaitan dengan penggunaan kenderaan sewaan. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan, anda boleh terus berhubung dengan kami untuk mendapatkan jawapan.
  2. Sokongan Jalan Raya: Malang tidak berbau, sekiranya kereta yang disewa mengalami kerosakan atau anda terlibat dalam kemalangan ketika menggunakan kereta sewa kami, pihak kami akan datang untuk memberikan bantuan yang sewajarnya kepada anda.
  3. Kualiti Kenderaan: Semua kenderaan kami telah diservis dan diperiksa secara berkala bagi memastikan kenderaan yang disewakan berada di dalam keadaan terbaik. Ia penting bagi memastikan keselesaan pelanggan dan juga keselamatan pelanggan.
  4. Kemudahan Pengambilan dan Penghantaran: Kami juga menawarkan perkhidmatan PERCUMA untuk penghantaran di airport KKIA.
  5. Perkhidmatan Pelanggan yang Baik:  Kami merupakan syarikat yang berpengalaman lebih 8 tahun dalam perkhidmatan kereta sewa Sabah murah dan pelancongan. Kami sentiasa memastikan kualiti perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan kami.

Jom hubungi kami sekarang untuk kami bantu anda dapatkan kereta sewa Sabah murah dan berkualiti.