Ramai sebenarnya yang hubungi kami untuk bertanyakan pakej percutian Kundasang dan juga penginapan seperti homestay Kundasang, Sabah.
Jadi, kami rasa elok juga jika kami sediakan senarai homestay Kundasang, Sabah. Barulah mudah untuk anda membuat rujukan, perbandingan dan keputusan.
Sebelum tu, kami rasa elok juga sekiranya kami kongsikan sedikit sebanyak terlebih dahulu mengenai Kundasang. Jom baca!
Kundasang – Macam di Luar Negara!
Kundasang atau turut dikenali sebagai Pekan Kundasang merupakan sebuah pekan kecil yang terletak paling hampir dengan Gunung Kinabalu dan berjiran dengan Pekan Nabalu.
Pernah dengar mengenai Taman Negara Kinabalu? Pekan Kundasang ini terletak sekitar 6 KM sahaja dari Taman Negara Kinabalu.
Namun, sebab utama kenapa ramai yang jatuh hati dengan Kundasang adalah pemandangannya yang tersangat indah dan cuacanya yang nyaman serta segar.
“Rasa macam di overseas!”
Betul. Ramai yang katakan perkara yang sama apabila mereka berkunjung ke Kundasang. Bukanlah nak terlebih bangga tapi negara kita, Malaysia, mempunyai banyak juga lokasi-lokasi menarik dan cantik sama seperti di luar negara.
Pertanian merupakan sumber pendapatan yang utama kepada penduduk di sini. Tidak hairanlah Kundasang merupakan pusat membeli belah sayur-sayuran yang sangat terkenal di daerah ini. Manakala pelancongan menjadi sumber pendapatan kedua terpenting bagi penduduk di Kundasang. Lebih dari 20 lokasi menarik yang patut di kunjungi di sekitar Kundasang/ Ranau.
Senarai Homestay Kundasang, Sabah
Dibawah ini kami sertakan senarai beberapa nama homestay termasuk alamat dan cara untuk berhubung bagi memudahkan pengunjung memilih homestay mengikut pilihan masing-masing.
1. Hounon Ridge Farmstay & Camping
FB – Hounon Ridge, Bundu Tuhan, Ranau
Phone – 013-850 6463
Address – Kg. Himbaan, Bundu Tuhan,, 89308 Ranau, Sabah
2. Culvert View
FB – https://www.facebook.com/culvertview
Phone – +60 16-832 4872
Address : Jalan Lobou-lobou Satu, Kg. Lembah Permai Kundasang, Sabah, Kota Kinabalu, Malaysia, 89307
3. Hidden Hill Kundasang
Fb – https://www.facebook.com/hiddenhillkundasang
Contacts – booking.com/share-sw2esp
Address – XHFP+84, 89308 Kundasang, Sabah
4. Ausvilla Mount Kinabalu
FB – https://www.facebook.com/profile.php?id=100083075505071
Contacts – +6010-268 1383
Address – Lot B4, Golf Club Mount Kinabalu, Mesilou, Kundasang, Sabah, Malaysia
5. Umea Glam Kundasang
FB β https://www.facebook.com/umeaglamkundasang/?locale=ms_MY
Contacts – https://umeaglam-kundasang.com/accommodation/kiruna/
6. Mountain Valley Resort, Kundasang
FB β https://www.facebook.com/mvresort
Contact β +60 17-777 6750
Address – Jalan Tenompok Bundu Tuhan 89300 Ranau, Sabah, Malaysia
7. H.Benjamin Residence Mount Kinabalu
FB – https://www.facebook.com/hbresidence
Contact – 016-262 8909
Address – D17, Mount Kinabalu Golf Club, Ranau, Malaysia
8. The Cloud Kinabalu- Glamping & Homestay
FB – https://www.facebook.com/CLOUD1821/
Contacts – 019-832 1585
Address – JLN PINAUSUK, Kota Kinabalu, Malaysia
9. Marakau Cabin Lodge
FB – https://www.facebook.com/people/Marakau-Cabin-Lodge/100064580806962/
Contacts – 019-831 2866
10. The Clover Mesilau
FB – https://www.facebook.com/thecloverhomestay?mibextid=LQQJ4d
Contacts β 013-999 6883
11. Kundasang Mount Garden
FB – https://www.facebook.com/profile.php?id=100088413480853&mibextid=LQQJ4d
Contacts β 019-9799214
Address β Jln Kibbas, Kg Kundasang Lama Ranau
12. Sulap Homestay
FB – https://www.facebook.com/hey.sulap?mibextid=LQQJ4d
Contacts β 011-13154687
13. Tree Sight House
FB – https://www.facebook.com/treesighthousekundasang?mibextid=LQQJ4d
Contacts β 088-889969/ 019-8995940
14. The Shire Sinisian
FB – https://www.facebook.com/theshiresinisianlodge?mibextid=LQQJ4d
Contacts β 017-3137700
15. Kiramβs Village Cabin
FB – https://www.facebook.com/KiramsVillageCabin?mibextid=LQQJ4d
Contacts β 016-6950057
16. Dβ Shaunn Lodge Kundasang
FB – https://www.facebook.com/dshaunn.kundasang.5?mibextid=LQQJ4d
Contacts β 088-889921
17. Crystall Hill R Kundasang
FB – https://www.facebook.com/pages/Crystal-Hill-Kundasang-Sabah/167876677113843?mibextid=LQQJ4d
Contacts β 016-5846116
18. Dream World Resort
FB – https://www.facebook.com/pages/Dream-World-Resort-Kundasang/364245357304614?mibextid=LQQJ4d
Contacts β 088-888333
19. Kinabalu Pine Resort
FB – https://www.facebook.com/profile.php?id=100063670928374&mibextid=LQQJ4d
Contacts β 088-889388
20. Mountain Valley Resort
FB – https://www.facebook.com/mvresort/?mibextid=LQQJ4d
Contacts β 088-888777
21. Alpine DβBayu
FB – https://www.facebook.com/alpine.dbayuchalet?mibextid=LQQJ4d
Contacts β 014-6720324
22. Bayu Senja Lodge
FB – https://www.facebook.com/kundasanglodge?mibextid=LQQJ4d
Contacts β 012-8018220
23. BβInspired Abode Homestay
FB – https://www.facebook.com/binspiredabode?mibextid=LQQJ4d
Contacts β 016-5881863
24. Konunukan Gardenstay & Camping
FB – https://www.facebook.com/binspiredabode?mibextid=LQQJ4d
Contacts β 019-8884359
25. Nikgold Garden
FB – https://www.facebook.com/NikgoldGarden?mibextid=LQQJ4d
Contacts β 012-3488112
26. Highland Homestay Kundasang
FB – https://www.facebook.com/profile.php?id=100088870884573&mibextid=LQQJ4d
Contacts β 017-8285522
27. Lamin Kopio
FB – https://www.facebook.com/lamin.kopio?mibextid=LQQJ4d
Contacts β 010-440 8261
28. Kompy Kundasang
FB – https://www.facebook.com/KomfyKundasang/?mibextid=LQQJ4d
Contacts β 011-56933710
29. The Wood House
FB – https://www.facebook.com/TheWoodHouseFredbnb?mibextid=LQQJ4d
Contacts β 014-3591783
30. Dβpermai View Kundasang
FB – https://www.facebook.com/profile.php?id=100049660886825&mibextid=LQQJ4d
Contacts β 019-5851650
31. Yoki Rina Mountain View
FB – https://www.facebook.com/YRMOUNTAINVIEW?mibextid=LQQJ4d
Contacts β 013-8865960
32. Amazing Grace Lodge
FB – https://www.facebook.com/aglsabah?mibextid=LQQJ4d
Contacts β 014-2179011
Tempat Menarik di Kundasang
Dalam bahagian ini, kami nak kongsikan beberapa tempat menarik di Kundasang dan juga Ranau. Bukan apa. Kami nak pastikan jika anda berkunjung ke sini, anda tidak akan terlepas tempat-tempat yang menarik.
Antaranya adalah:
1. Sabah Tea

Bukan di Cameron Highland sahaja yang mempunyai ladang teh. Sabah pun ada. Ada banyak aktiviti dan kemudahan yang ada disini.
Anda boleh temukan penginapan di sini, canopy walk, restoran, kedai teh dan banyak lagi.
Anda boleh beli pelbagai jenis produk asli Sabah di kedai teh disini seperti kopi Tenom, lada hitam, batik sarong, herba, asam boi dan lain-lain.
Selain itu, anda juga boleh menikmati pelbagai jenis hidangan teh dan beberapa jenis minuman lain.
Alamat: KM17, Jalan Ranau / Sandakan, Kg. Nalapak, 89309, Ranau
2. Kokob Rafflesia Conservation Garden

Seperti yang kita semua sedia maklum, Sabah dan Sarawak atau Borneo sangat terkenal dengan keunikan dan keindahan flora dan faunanya yang pelbagai.
Antara spesis flora yang terkenal di sini adalah Rafflesia. Mesti anda pernah dengar dan lihat paling tidak dalam buku teks zaman sekolah dulu kan?
Uniknya mengenai bunga ini adalah, ia mengambil masa yang sangat lama untuk mekar iaitu sekitar 9 ke 15 bulan. Namun, apabila ia mekar, ia hanya akan mekar selama 7 hari sahaja.
Alamat: Jalan Libang Marakau, 89300 Ranau, Sabah
3. Bombon Kg. Marakau

Pernah cuba spa ikan tak sebelum ni? Kalau belum atau dah pernah sekalipun, anda tak patut untuk lepaskan peluang berkunjung ke spa ikan di Bombon Kg. Marakau.
Ia terletak di Ranau dan sekitar 39 minit dari Pekan Kundasang dan menjadi salah satu daripada lokasi yang sangat terkenal buat pengunjung dalam dan luar negara. Suasana kampung yang mendamaikan ditambah pula dengan sungai yang dipenuhi ikan koi pasti akan memberikan kedamaian buat anda.
Jangan risau. Air sungai disini tidak dalam, jadi anda boleh menikmati suasana disini tanpa kerisauan. Apapun, aktiviti utama yang sering menjadi tumpuan disini adalah memberikan ikan makan. Selain itu, ia juga mempunyai taman haiwan yang menempatkan kucing hutan, pelanduk dan juga labi-labi.
Alamat: Jalan Marakau, Libang Kg Marakau, 89300 Ranau, Sabah
Harga Tiket: Dewasa RM3 | Kanak-kanak RM2 | Baja Ikan RM1 (Satu pek percuma semasa pendaftaran)
4. Air Terjun Langanan

Air Terjun Langanan merupakan salah satu daripada air terjun yang terbesar di Sabah. Menariknya untuk sampai ke sini, anda akan dibawa melalui beberapa air terjun yang lebih kecil seperti air terjun Kipungit dan juga Gua Kelawar.
Lokasi ini terletak 120 meter daripada paras laut dan mengambil masa sekitar 2 jam dari Air Terjun Kipungit. Sebagai peringatan, laluan disini agak mencabar kerana ia akan melalui kawasan hutan yang agak curam. Sebab itu jugalah pengunjung tidak dibenarkan untuk ke sini selepas 2 petang.
Apapun, perjalanan anda pasti akan terasa berbaloi saat anda melihat keindahan air terjun ini. Ia sangat cantik, memukau dan mempersona. Ia dikelilingi keindahan dan kehijauan alam semulajadi serta mempunyai angin yang agak kuat.
Oh. Anda perlu check in di kaunter tiket terlebih dahulu sebelum masuk ke sini dan pastikan juga anda check out sebelum keluar. Jika tidak, pihak disini akan menganggap anda terperangkap disini.
Alamat: Air Terjun Langanan Poring Hot Spring Ranau 89300 Ranau, Sabah
5. Air Terjun Kipungit

Tadi kami ada mentioned sebelum sampai ke Air Terjun Langanan, anda akan melalui Air Terjun Kipungit terlebih dahulu. Ia merupakan sebuah kawasan air terjun yang sangat jernih dan akan memberikan ketenangan kepada mata yang memandang.
Oh. Menariknya disini adalah, anda boleh juga nikmati pengalaman ala-ala spa ikan kerana bila anda merendamkan kaki di dalam sungai disini, akan ada ikan-ikan kecil yang akan datang untuk menguis kulit mati anda keluar.
Disini juga dibenarkan untuk aktiviti seperti berkelah dan BBQ. Jadi, anda boleh merancang aktiviti anda dengan sebaik mungkin.
Alamat: Air Terjun Kipungit, 89300 Ranau, Sabah
6. Bukit Sosodikon

Bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak dan hiking, anda boleh datang ke Bukit Sosodikon. Untuk sampai ke puncak ini, anda perlu mendaki selama 20 minit.
Pendakian anda pasti akan menjadi sangat berbaloi apabila anda sampai ke puncaknya. Pemandangan yang bakal anda lihat akan menjadi satu pemandangan yang sangat sukar untuk diungkapkan oleh kata-kata. Di atas puncak, anda boleh melihat beberapa sisi pemadangan yang berbeza.
Pada bahagian sebelah utara, anda boleh melihat pemandangan indah Kinabalu dan bahagian selatan pula merupakan kawasan-kawasan berbukit yang berbentuk seperti piramid.
Disini, anda akan dikenakan caj sebanyak RM3 sebagai bayaran masuk.
Alamat: Bukit Sosodikon, 89308 Kundasang, Sabah
7. Mesilau Nature Resort

Uniknya kawasan di Mesilau Nature Resort ini adalah, ia sentiasai dilitupi oleh kabus dan memberikan kesegaran serta kenyamanan udara yang sangat sukar untuk anda temukan di tempat lain.
Itulah diantara kelebihan dan keunikan Mesilau Nature Resort. Disini, anda boleh untuk menikmati keindahan flora dan fauna yang unik dan pelbagai. Anda juga boleh melakukan aktiviti menarik seperti merentas hutan.
Alamat: Pekan Ranau, 89308 Ranau, Sabah
8. JIC Seng Nursery
Bagi anda yang dalam perjalanan ke Desa Dairy Farm, anda pasti akan melintasi JIC Seng Nursery. Jadi, apa kata anda singgah dahulu ke JIC Seng Nursery.
Ia merupakan salah satu daripada lokasi yang agak menarik untuk anda kunjungi. Anda akan disambut oleh pelbagai spesis dan warna serta keharuman bunga-bunga yang tumbuh mekar disini.
Anda juga boleh membeli bunga-bunga untuk dijadikan hiasan rumah disini.
Alamat: Jic Seng Nursery, 89308 Ranau
9. Konunukan Garden & Camping

Anda suka glamping? Menikmati pemandangan malam yang dilimpahi cahaya bintang bergemerlapan pasti akan menjadi satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan buat anda.
Itulah apa yang anda boleh nikmati di Konunukan Garden & Camping.
Memang best suasana disini. Anda boleh melihat keindahan alam semulajadi yang menghijau dan juga menikmati keindahan pemandangan Gunung Kinabalu.
Bayaran masuk disini adalah RM20 untuk dewasa, RM15 untuk remaja, dan percuma untuk kanak-kanak.
Alamat: Jalan Tenompok Bundu Tuhan, Bundu Tuhan, 89300 Tenompok, Sabah
Harga Penginapan (Khemah): Dari RM30+ Semalaman
10. Desa Dairy Farm

Pemandangan seperti di New Zealand! Itulah apa yang akan dikatakan oleh para pengunjung Desa Dairy Farm yang terletak di Kundasang ini.
Disini, anda boleh melihat pelbagai jenis dan spesis lembu yang bebas berkeliaran di dalam kawasan mereka. Ada yang anda pernah nampak dan banyak yang anda tak pernah nampak.
Selain itu, antara tarikan utamanya adalah kawasan kandang yang berlatar belakang Gunung Kinabalu. Ia sendiri terletak di kaki Gunung Kinabalu. Jika anda datang pada musim hujan, sayang sedikit kerana awan akan mengganggu pemandangan indah ini.
Oh. Suhu disini juga agak sejuk jadi, pakailah pakaian yang sesuai. Anda juga boleh temukan pokok hiasan unik yang menjadikan ia sangat sesuai untuk anda jadikan props gambar anda.
Disini juga anda boleh melihat proses pemerahan susu lembu dan membeli produk tenusu yang segar.
Alamat : Jalan Cinta Mata Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah
Homestay Kundasang Sabah Cadangan Kami
Anda rasa confuse pula nak buat pilihan sebab banyak sangat dalam senarai homestay Kundasang, Sabah yang kami berikan?
Jangan risau. Kami di ED Holidays boleh bantu anda. Kami sendiri ada tawarkan pakej percutian Kundasang. Moto kami adalah untuk memberikan pakej terbaik kepada anda termasuklah dari segi homestay.
Selain itu, kami juga sangat mengutamakan kebersihan dan kesucian tempat tinggal. Sebagai individu Muslim, kami sangat faham akan hukum agama dan keperluan anda.
Kami amat mementingkan kesucian dan hukum halal haram. Kami tidak membenarkan mana-mana pelanggan kami untuk membawa haiwan peliharaan seperti anjing, dan juga tidak membenarkan pelanggan kami membawa masuk minuman keras dan makanan tidak halal untuk di bawah masuk ke dalam homestay kami.
Anda boleh baca penerangan penuh pakej Kundasangn kami dengan klik button di bawah.